Hey Korang!
Korang ada saving tak?
Kalau ada bagus la. kalau yang tak ada tu, aku nasihatkan untuk korang bermula daripada sekarang. Kadang tu selalu beralasan mana ada duit nak saving. Kalau saving nanti tak ada duit belanja pula. Nak bayar itu ini lagi. Sebab itu pengurusan kewangan yang betul sangat penting. Tak kisah la korang duit banyak ke sikit ke, kalau tak urus dengan betul duit tu akan habis pada perkara yang sia-sia.
Aku nak kongsikan tips pengurusan kewangan cara aku yang mungkin boleh jadikan panduan atau idea pada korang.
SENARAIKAN KOMITMEN
1) Korang senaraikan semua komitmen atau pembelanjaan bulanan korang. Bahagikan ikut beberapa kategori seperti PENTING DAN TAK BOLEH ADJUST (Contoh: Pinjaman bank, insurans medical), PENTING TAPI BOLEH ADJUST (Contoh: Duit mak ayah), PENTING TAPI SEKALI JE (Contoh: Roadtax, servis kereta), SEDERHANA TAPI BOLEH ADJUST (Contoh: Bill utility), KURANG PENTING (Contoh: Entertainment).
Contoh tu tak semestinya sama setiap orang. Setiap orang komitmen dan pembelanjaan lain dan keutamaan masing-masing pun berbeza. Tapi bagi aku kategori tu sangat penting. Kenapa ada aku kata tak boleh adjust dan ada yang boleh adjust, sebab hutang dekat bank memang itu je la amaun yang korang kena bayar tiap bulan. Dan untuk mak ayah tu memang penting, tapi kadang-kadang kalau sesak atau ada rezeki lebih, aku boleh ubah amaun tu ikut keadaan aku. Contoh la bulan tu aku nak kena servis kereta, jadi pembelanjaan aku yang biasa juga akan meningkat. Jadi aku perlu adjust mana-mana amaun yang perlu untuk aku ada duit untuk servis kereta bulan tu. Aku tak minat guna cara peratus-peratus tu sebab cara tu tak fit dengan komitmen aku.
Lepas korang buat list tu, korang akan nampak apa mana perginya duit korang. Boleh la nampak jika korang selalu keluarkan duit pada benda yang tak perlu. Oh ya! Make sure saving ada dalam list tu ye.
CUT OFF EXPENSES
2) Dulu masa aku nak simpan duit untuk kahwin. Inilah cara yang aku gunakan. Aku cut off expenses yang tak perlu. Contohnya, dulu aku guna plan internet RM99 sebulan kemudian aku turunkan jadi RM49 sebulan. Maka aku dah ada lebihan RM50. Kalau dulu aku suka pergi tengok wayang, jadi aku kurangkan atau tak pergi terus. Jadi aku dah jimatkan beberapa puluh ringgit dekat sini. Korang boleh tengok balik apa yang korang selalu belanjakan. Sekali sekala entertainment ke shopping ke tak apa. Itu adalah reward untuk diri korang selepas penat bekerja TAPI kena lah berpada-pada.
SAY NO TO HUTANG JAHAT
3) Jangan terjebak dengan hutang jahat. Kalau sebelum ni korang memang dah ada hutang, cepat-cepatlah selesaikan. Hutang ni kena masukkan dalam kategori PENTING. Sebab hutang ni lah yang makan duit korang tiap bulan. Bagi aku hutang ni ibarat kita mencuri duit masa hadapan kita. Try to avoid it. Tapi kadang agak mustahil jika tidak berhutang. Kalau korang nak mulakan hutang baru, make sure kewangan korang kukuh dan mampu untuk survive bila dah ada hutang baru tu. Tengok semula list komitmen korang, berapa lebihan duit yang korang ada untuk mulakan hutang baru.
IKUT KEMAMPUAN
4) Berbelanjan ikut kemampuan diri. Bila ia hanyalah keinginan sahaja, maka korang kena control nafsu korang sendiri. Kalau korang kerap pergi ke shopping mall, window shopping, itulah yang akan trigger nafsu korang untuk beli itu dan ini. So, duduk lah rumah atau pergi lah ke tempat selain shopping mall untuk bersuka ria. Jika beg korang dah rosak, beli lah ikut kemampuan korang. Tapi jika berkeinginan sangat untuk beli yang mahal atau lebih dari kemampuan, maka buat simpanan khas untuk shopping. Jangan pernah skip saving emergency hanya untuk beli perkara yang tak perlu. Keinginan ni dalam kategori yang boleh adjust ye.
Cukuplah aku kongsi 4 tips ni sahaja. Kalau korang ada tips selain dari yang aku bagi, boleh share dekat komen.
Disclaimer: Aku bukan pakar kewangan. Apa yang aku kongsi adalah apa yang aku lakukan dan ia sesuai dengan lifestyle aku.