DISINI AKU BERMULA SEBAGAI PENJUAL

By Hey Lynda Rosman - May 21, 2020

Hey Korang!

Ada ke yang nak tahu macam mana aku boleh start meniaga? Tak pe kalau tak berminat nak tahu. Cerita aku tak gah mana pun. Aku kongsikan untuk aku ingat semula dimana aku bermula.

Ceritanya bergini.

Masa tu aku sedang ambil degree. Tahun 2011. Umur aku waktu tu 22 tahun. Aku memang tak ambil pinjaman PTPTN sebab malas nak berhutang. So parents aku tolong bayarkan yuran belajar aku. Oleh sebab aku tak ambil pinjaman, maka sumber pendapatan aku of course la dari ayah aku kan. Tiap bulan ayah aku akan bagi aku sedikit duit untuk aku belanja. Tapi semuanya berubah bila start masuk tahun kedua. Bila aku minta duit belanja je, ayah aku asyik suruh minta pada akak aku. Katanya nanti dia bayar. Akak aku waktu tu baru je kerja dan gaji dia sikit je. Tak sampai pun RM1000. Jadi berapa banyak je dia boleh bagi dekat aku. Sebulan, dua bulan, tiga bulan still sama. Ayah aku dah tak bagi aku duit belanja. Lama-lama aku pun malas nak minta duit belanja dekat dia sebab jawapan dia mesti sama je.Time tu aku buntu juga nak survive macam mana. Duit makan, duit photostat nota, duit internet, dan duit flight if nak balik semenanjung kalau cuti sem. Untuk pengetahuan korang, aku belajar dekat Sabah dan family aku tinggal di Sabah kecuali mak kandung aku. Mak kandung aku tinggal di semenanjung. Sebab tu bila aku cuti sem, aku biasanya akan balik ke semenanjung.

Disebabkan aku tak nak susahkan akak aku jadi aku perlu cari jalan macam mana nak dapatkan duit untuk aku survive. Jadi aku decide untuk buat bisnes memangdangkan aku memang minat meniaga. Disebabkan aku seorang yang introvert jadi aku memilih untuk menjual secara online di Instagram. Pada waktu tu, tak ramai pun lagi yang buat bisnes online dekat sosial media. Maknanya waktu aku bermula adalah waktu yang paling bagus sekali sebab memang waktu tu sambutan sangat menggalakkan. Aku siap ada loyal customer lagi. 

Aku terjumpa satu website dari China yang menjual pakaian wanita ala-ala korea. Aku ambil gambar-gambar baju tu dan upload dekat Instagram aku. Disebabkan aku nak jimatkan kos shipping, maka aku buat secara preorder. Aku kumpul dalam seminggu order customer lepas tu baru aku order pada supplier. Lagi satu masalah aku waktu tu adalah kos shipping ke Sabah sangatlah tinggi. Jadi aku minta bantuan kawan aku di semenanjung untuk handlekan stock yang dah sampai dan pos kepada customer aku. Aku sangat terhutang budi pada kawan aku ni. Kalau bukan sebab dia, tak mungkin plan aku ni berjaya.



Lepas je aku habis degree dan bekerja, aku mula slow dengan bisnes tu. Customer aku pun dah mula lari. Nanti aku cerita tentang kesilapan meniaga aku. Dari kesilapan ni juga buat aku belajar dan ia sangat berguna untuk aku sekarang.

Mungkin ada yang berkata-kata tentang ayah aku yang tak bagi aku duit belanja. Ye, mungkin dulu aku memberontak dan tak puas hati. Tapi bila aku semakin dewasa, aku mula faham. Setiap orang ada masalah sendiri. Mungkin waktu tu ayah aku ada masalah kewangan cuma dia tak kongsikan dan tunjukkan pada kami. Parents aku dah tolong bayarkan yuran belajar aku pun dah kira syukur. Hikmah disebalik apa yang terjadi, aku jadi seorang yang lebih berdikari, tak mengharapkan bantuan orang, pandai menyelesaikan masalah sendiri dan disitulah titik permulaan macam mana aku boleh start bisnes.




  • Share:

You Might Also Like

18 comments

  1. Hidup ini memang perlu melalui beberapa suka duka untuk kita terus jadikan teladan utk berjaya.

    ReplyDelete
  2. Usaha tangga kejayaan. Orang kata, memang wajib bersusah dahulu untuk senang kemudian

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas kisah ini. Setiap yang berlaku dalam hidup pasti ada hikmahnya. Semoga apa yang dilakukan selepas ini membuahkan hasil.

    ReplyDelete
  4. segala pengalaman dalam hidup kita ni hanyalah untuk mempersiapkan kita untuk perkara yang lebih besar in future. such a good example, moga hidup awak lebih baik sekarang

    ReplyDelete
  5. Great2 post! I'm excited to know more about ur business. Saya pun pernah juga cuba2 berniaga waktu student dulu, tp tu lah, sebab suka2, xde motivasi yg tinggi, sekerat jalan sajor. Sekarang masih lagi menceburkan diri dengan berniaga, walaupun hanya menjadi ajen kepada produk org lain!

    ReplyDelete
  6. Masa sy belajar dulu pun sy berniaga. Memang parents bg duit tp mostly guna utk beli buku dan apa2 berkaitan belajar. Sama jgk dgn duit PTPTN and pulak xdpt penuh. So kena jimat utk byar balance semester yg xdpt. So berniaga bundle je masa tu. Boleh la lepas buat belanja sendiri.

    ReplyDelete
  7. Kak Lynda. We are same. cuma yang bezanya Saya memang belajar bisnes marketing sebagai major study. Alhamdulillah boleh survive dengan meniaga di kolej. sebab meniaga ni memang seronok. Lepas lah buat belanja semua. Banyak jugaklah berbisnes dekat kolej. macam macam saya jual. Rindu gila

    ReplyDelete
  8. Saya masukkan kak lynda dalam bloglist saya ya

    fazroliqbal.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Bangga baca kisah ni. Bukan senang nk bisness sambil belajar ni. Kena pandai manage masa. Mmg salute la.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih kerana sudi kongsi kisah macam ni. SEmua ni harus ada semangat utk mulakan perniagaan. Tahniah dan teruskan memberi inspirasi ye

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, usaha untuk buat bisnes ni bukan semua orang mampu buat tau. Kena ada orang yang betul-betul komited baru boleh berjaya. Tahniah!

    ReplyDelete
  12. all the best. bisnes memang bukan mudah, sebab 90% rezeki tu pun dari bisnes. untung besar

    ReplyDelete
  13. Seronok baca kisah macam ni. Bagi semangat. Setiap kejayaan bukan senang nak capai. Pasti ada kisah disebaliknya. Selamat maju jaya.

    ReplyDelete
  14. Usaha tangga kejayaan, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalannya..jangan putus asa dan jangan mudah mengalah...tips ni kalau ikut, insyaAllah akan meraih kejayaan..good luck!

    ReplyDelete
  15. Bagus la tak hutang dengan ptptn dan berani utk meniaga tau nak meniagaa.. Kalau nad mesgi buntu nak buat apa.. Alhamdulillah. .pengalaman semua tu kan..

    ReplyDelete
  16. I also wish to start a business, but it takes courage and time. Wishing you all the best ya

    ReplyDelete
  17. Tk pe. Insyallah kita sama sama dpt rezeki. Now its a hard time, tpi tk pe. Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan

    ReplyDelete
  18. Kadang dalam hidup ni kita kita selalu menyalahkan sekeliling, tapi kita tak sedar yang apa yang berlaku tu sebenarnya yang terbaik dan mengajar kita untuk menjadi lebih baik.

    ReplyDelete