SHARING: ANAK MUDA, DON'T RUSH TO LOOK RICH

By Hey Lynda Rosman - June 02, 2020

Hey korang!

Aku ada jumpa satu sharing di IIUM Confession yang bertajuk "Anak Muda, Don't Rush To Look Rich" yang bagi aku sangat berguna dan berbaloi untuk dibaca walaupun panjang. Jika penulis rasa aku tak patut share cerita ini, boleh contact aku untuk padam post ini.

Sumber gambar: Google


Assalamualaikum. Aku terpanggil untuk menulis selepas aku terbaca post dia facebook yang share tentang seorang pemain bola senior yang menasihatkan pemain bola yang baru supaya bijak merancang kewangan. 

 

Bayangkan seorang yang bergaji belasan ribu puluhan ribu sedar betapa pentingnya merancang kewangan di usia muda. Inikan pula orang atau fresh graduate yang kerja makan gaji average 2-4k sebulan. 

 

Hatta yang bergaji belasan ribu pun kalau tak dirancang dengan betul, diri sendiri akan terjerat dengan hutang jahat. Tulisan ini agak panjang dan aku antara orang yang hampir tersilap langkah di usia muda. 

 

Anak muda, dont rush to look rich. 

 

Macam mana anak muda sekarang nak tunjuk yang dia dah berjaya, dapat kerja bagus, dah banyak duit, bergaji besar? 

 

Mudah, beli la kereta jenama H walaupun spec paling basic zero downpayment atau downpayment guna rebate. Sebab itulah persepsi masyarakat dan orang kampung, nampak orang bawa kereta jenama tu terus dilabel orang berduit, orang berjaya padahal gaji baru 3-4k dan kereta tu spec paling basic cikai. 

 

Kena ingat, beli kereta bukan sekadar mampu bayar bulanan sahaja. Tapi mampu ke tanggung kos yang datang sama2 dengan kereta tu. Tol, minyak, servis, parking, insurans setiap tahun. 

 

Itu belum kira nak enjoy, holiday, beli barang mahal branded, beli gadjet paling latest, belanja awek, makeup kereta. Tiap bulan tinggal la seratus dua. Untung lagi ada seratus dua selalunya habis terus. 

 

Simpanan? Bulan depan la simpan. Bila dpt gaji bulan depan, repeat semula bayar kereta 700-800 enjoy akhir bulan duit habis. 

 

Yes, masa muda baru kerja 3 4 tahun 3-4k tu dah terasa banyak. Dah cukup banyak untuk tunjuk dekat orang yang aku dah berjaya dah berduit. Tapi betul ke dah berduit? 

 

Untuk hidup setiap bulan semasa bujang memang dah terlebih cukup. Tapi sampai bila nak bujang? Sampai bila nak duduk rumah/ bilik sewa? 

 

Kita nampak kawan dah mula berkahwin dah ada anak kita pun sibuk nak kawin. Kita nampak kawan dah mula beli rumah kita sibuk juga nak beli rumah. 

 

Dalam hati cakap, aku pun berjaya juga. Aku pun mampu nak beli rumah. Aku pun mampu nak berkahwin. Tapi simpanan? Ada la 2 3 ribu. 5 ribu pun sayup2 je. Tapi hati meronta ronta nak kawen, awek pun dah asyik tanya je bila nak kawen kalau tak putus. 

 

Jalan mudah, apply personal loan 30k 10 tahun. Settle. sama macam beli kereta zero downpayment. Semua mudah. Guna dulu bayar kemudian janji lepas. Kah! 

 

Dah kawen, tanggungan makin banyak, kos sara hidup bulanan dah makin tinggi, hutang makin banyak. Sebelum ni hidup bujang rileks enjoy tanggung diri sendiri je. Scroll2 fb nampak pula kawan-kawan mula beli rumah. 

 

Isteri pun selalu tanya bila nk ada rumah sendiri tak sabar nak deco2, tak selesa la duduk rumah kecik macam ni. Dapat landed teres 2 tingkat pun okay dah. 

 

Mula la cari rumah. Kereta mahal takkan nak duduk flat kan. Malu la, guna H tapi duduk flat. Nampak sangat acah2 berduit. Orang kampung nampak kita dah berjaya kot sebab dapat beli kereta mahal, kena la beli rumah mahal juga. Baru nampak kaya dan berjaya! 

 

Cari punya cari jumpa la rumah 2 tingkat tak perlu downpayment kata ejen rumah. Check kelayakan loan, layak! Tapi cukup2 makan je, yela hutang kereta mahal tu dah tinggi tambah personal loan lagi. Settle beli rumah. Hutang bertambah, kos bulanan pun naik.

 

Simpanan? Macam mana nak simpan, semua dah habis bayar hutang. Hah! 

 

Itulah realiti anak muda yang tak sabar2 nak tunjuk dia dah berjaya dan kaya. Semua nak cepat nak mudah tak fikir 5 tahun akan datang 10 tahun akan datang. Tak ada perancangan. Bukan semua tapi ramai yang macam tu. Bila dah tersalah langkah susah nak patah balik. 

 

Hidup makan gaji, kenaikan tahunan pun bukan banyak. Nak tak nak kena la hidup 10 tahun akan datang dengan bajet bulanan yang ketat. No more enjoy, makan luar sebulan sekali pun berkira-kira. Kalau isteri bekerja, gaji isteri pun terpaksa guna untuk tanggung sara hidup setiap bulan. 

 

Itu belum kira kalau dah ada anak. Lagi bertambah kos bulanan. Belum tiba2 kena buang kerja. Tiba2 kereta rosak. Tiba2 bumbung rumah bocor, paip bocor, peti ais rosak, dapur rosak. Mana nak dapat duit baiki semua tu kalau simpanan pun tak ada. 

 

Duit gaji habis bayar hutang dan tanggung kos sara hidup. Masa tu baru tersedar penting nya simpanan. Mana orang kampung yang puji kau berkereta mahal? Mana kawan yang kau bangga diri menunjuk kejayaan dan kekayaan kau? Apa yang kau dapat dari mereka?

 

Tak ada. Hanya kau sendiri anak beranak yang tanggung. 

 

Berbaloi ke kau terpaksa hidup dalam keadaan berkira-kira untuk makan dan beli keperluan keluarga untuk 10 tahun akan datang? Hanya nak nampak gah dan kaya sikit di mata orang dan kawan sekeliling untuk 3-4 tahun awal sahaja? 

 

Dalam masa 10 tahun ke depan yang kau sedang berkira-kira itu. Kawan kau yang dulu cuma berkereta sederhana dah mula menukar kereta yang lebih besar dan mahal dari yang kau pakai sekarang yang dulunya kau anggap paling mahal dan paling bergaya itu. 

 

Kawan kau yang dulunya membeli rumah murah sekarang dah mula membeli rumah kedua atau ketiga yang lebih besar dari yang kau duduk sekarang. Kawan kau yang dulu hidup sederhana kini dah boleh menikm4ti kehidupan yang tenang dan selesa untuk 10-20-30 tahun akan datang. Tapi kau? 

 

Fikiran tak tenang memikirkan cukup ke tak cukup belanja untuk bulan ini. Risau kalau ada lagi perkara atau benda yang jadi yang memerlukan duit. Hari2 memikirkan benda yang sama untuk 10 tahun akan datang. Hidup tak tenang, fikiran tak tenang. Silap2 boleh bercerai laki bini kalau tak tahan. 

 

Loan buat kawen dulu pun tak habis bayar lagi tapi dah bercerai berai. The struggle is real guys. Bab kewangan boleh jadi punca penceraian.


Kau boleh elak masuk dalam perangkap yang kau cipta sendiri ni kalau kau sabar dan buat perancangan yang baik. Orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal. Meh aku bagi satu idea macam mana nak merancang untuk kau hidup tenang 10-20-30 tahun akan datang. 

 

1. Simpanan 6 bulan gaji at least.

Bunyi agak cliche tapi memang betul. Jangan skip terus nak berkahwin dan beli rumah kalau kau tak ada simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji. Tak kira la kau kerja gov atau swasta. Simpanan ini yang akan buat fikiran kau tenang nanti.

 

2. Simpanan kawen. 

Simpan lagi? Yes, simpanan yang no 1 adalah simpanan yang kau tak boleh usik melainkan kalau betul2 terdesak contoh macam kena buang kerja dan perlu cari kerja lain atau hilang sumber pendapatan disebabkan bencana macam covid-19 sekarang.

 

Jangan guna simpanan itu untuk kawen. Buatlah simpanan kawen khas untuk digunakan untuk kawen sahaja. 

 

Bagi lelaki paling cikai pun mesti ada 30k. Tak caya? Buat la kira2.. tanya la yang dah kawen. Lain la kalau kau dpt sponsor mak ayah atau just nak buat majlis kesyukuran je. Jangan tunggu dah ada calon baru nak buat.. alamat nye melepas la kau nak tunggu cukup 30k. 

 

Tu yang akhirnya buat personal loan sebab tak mampu nk simpan banyak tu dalam masa singkat. Awal2 kerja terus simpan untuk kawen sebab cepat atau lambat kau akan kawen juga nanti dan akan perlukan duit untuk berkahwin.

 

3. Simpanan untuk rumah.

Settle no 1 dan 2 baru la fikir pasal rumah. Betul orang cakap beli rumah awal waktu muda itu bagus. Tapi, kalau simpanan pun takde, tunggang langgang pastu terus skip nak beli rumah. Kau sebenarnya tengah letak leher kau kat tali hutang paling besar dalam hidup.

 

Salah perancangan, kau out. Boleh patah balik untuk betulkan tapi susah. Beli rumah bukan sekadar mampu bayar bulanan. Bil elektrik, air, cukai semua kena bayar. Kalau ada benda rosak kena baiki. Kalau gaji besar bulan-bulan ada lebih 2 3 ribu its okay.

 

Tapi kalau lepas bayar hutang rumah,kereta, bil2 semua tinggal beberapa ratus. Simpanan ni la yang bantu kau cover kos baiki kerosakan yang kau tak jangka jadi. Simpan la untuk buat pendahuluan proses beli rumah dan simpan la juga untuk kes2 kecemasan seperti ini.

 

Dan, cari la rumah yang sedikit murah dari kelayakan maksimum loan kau dan kemampuan kau bayar bulan2. In case, ada apa2 perkara yang tak dirancang terjadi nanti, kau tak terasa terbeban sangat dan mampu lagi bernafas tiap bulan.

 

Bila kau dah solid 3 benda ni dan kau dah berjaya capai 3 benda ini. Baru lah kau boleh tarik nafas lega dan buat kira2 untuk reward diri dan enjoy your life.

 

Nak beli kereta mewah atau mahal sikit dari yang pakai sekarang ke. Beli barang mahal branded ke. Holiday oversea ke. Terpulang ikut kemampuan kau waktu itu.

 

Orang cakap kalau hendak berbelanja ukur baju di badan sendiri. Tapi ukurlah baju itu sedikit longgar dari ukuran asal badan supaya tak tersesak di kemudian hari. Kalau bergaji 3-4k jangan la berbelanja atau berhutang seperti orang bergaji 3-4k. Cukup sekadar seperti orang bergaji 2k.

 

Makin tahun gaji makin naik. Upgrade la gaya hidup dikemudian hari nanti. Betul orang cakap hidup hanya sekali muda hanya sekali, enjoy selagi boleh. Tapi hidup bukan hanya bangun tido pegi kerja balik kerja tido bayar hutang repeat sampai bila2. Enjoy ke macam tu?

 

Kereta mahal, rumah mahal, barang mahal tapi pegi kerja-balik kerja-bayar hutang-m4ti. Hilang nikmat hidup bila setiap hari memikirkan hutang dan duit yang paras2 hidung cukup hingga akhir bulan.

 

Tapi macam biasa orang akan cakap. Duit aku, suka hati aku la nak buat. Suka hati la nk buat loan banyak mana nak belanja banyak mana.

 

Aku tak tulis untuk kau. Aku tulis sebagai salah satu idea untuk orang atau anak muda yang masih tercari-cari macam mana nak mula merancang hidup supaya tak tersalah langkah. Ini realiti kehidupan bukannya game yang boleh try and error boleh restart semula.

 

Sekali kau dah buat keputusan kau kena hidup dengan keputusan yang kau dah buat itu. Betul keputusan kau, tenang la hidup kau. Salah keputusan kau, belajarlah dari kesilapan dan usahalah untuk perbetulkan.

 

Sebab aku antara orang yang hampir buat keputusan yang salah. Sibuk nak cepat tunjuk kat orang yang aku dah berjaya dan berduit tapi sebenarnya kosong tak ada apa2. Ya, aku kira aku masih muda. Baru 28.

 

Tapi pada umur aku 28 ini kalau aku tersilap langkah memilih jalan yang hanya ingin menunjukkan kekayaan yang hanya sedikit itu di usia muda. Aku nampak aku akan terpaksa menanggung akibatnya untuk 10 tahun akan datang.

 

Alhamdulillah Allah jentik hati aku sikit. Buka mata aku semula untuk dapat lihat akibatnya nanti.

 

4 tahun dah aku bazirkan dari mula kerja hingga sekarang untuk enjoy. Hampir2 aku buat loan kereta cecah ratusan ribu. Loan rumah ratusan ribu tanpa ada perancangan kewangan dan simpanan yang solid. Aku mula semula dari step no 1.

 

Alhamdulillah step no 1 dan no 2 dah berjaya. Step no 3 bakal berjaya lagi 2 tahun insyaAllah. Aamiin. Teruslah berjuang anak muda

 

– H (Bukan nama sebenar)

  • Share:

You Might Also Like

13 comments

  1. Kena pegang kata pepatah .. Kalau na berbelanja ukur baju di badan sendiri ..

    ReplyDelete
  2. Betul tu, kena ukur baju di badan sendiri dulu sebelum buat apa-apa keputusan. Nanti jangan hutang lagi banyak dari gaji.

    ReplyDelete
  3. Dalam kehidupan , usaha itu perlu dan jangan lupa tawakal. Insya Allah. Tapi sekarang ni ramai sangat anak muda yang terlalu ikut hati dan perasaan. Mereka perlu dibantu supaya tak terus tersasar

    ReplyDelete
  4. I second everything you said. Memang anak muda should not rush to look rich. Berpada2 dgn perbelanjaan time baru kerja. Insya’Allah there will a time for you to enjoy luxuries. Percayalah Allah S.W.T know when is the right time for you.

    ReplyDelete
  5. terima kasih share perkongsian ni. pernah baca sebelum ni dan setuju dengan apa yang dinyatakan :)

    ReplyDelete
  6. Betul kerana anak muda sekarang ni cepat sangat terpengaruh dengan apa yang dilihat kerana mereka rasa tercabar hehehe tapi hakikat tak mampu pun wakakakak jadi lah yang bijak untuk berbelanja ok...

    ReplyDelete
  7. Yaaa betul..Sis ada baca kisah yang ni...macam Sis kawin muda, satu harta semua takde, susah senang perjalanan kami, kami tetap usahakan untuk beli harta sendiri...ikutkan boleh je hutang beli guna kad atau loan, tapi fikir panjang lagi perjalanan, takut kang tersungkur tengah jalan...so pelan-pelan...alhamdulilah now bahagia seadaanya..mewah tu tidak, tapi syukur apa je nak, boleh beli, tapi ikut keperluan...kalau ikut kemampuan, semaua boleh beli kannn...

    ReplyDelete
  8. Dalam bab berbelanja kita kena ukur baju si badan jangan kerana nak bergaya jadi pape pula.

    ReplyDelete
  9. Anak muda skng cepat terpengaruh sbb ikut trend. Apa influencer dorang ada. Dorang pun nak juga smpi berhutang sana sini. Ukur pada badan sendiri. Pandai2 la bjimat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dulu sakit je hati tengok influencer dan artis. rasa macam nak hidup cara diorang. tp kena sedar, duit diorang berkepok haha lepas tu kurangkan tengok socmed. maka hilang la keinginan tu

      Delete
  10. Betul. Tak boleh terlalu terpengaruh.
    Ikut kemampuan je mana mampu.
    Pernah juga rasa dulu.
    Nak saving tak boleh.
    Kerja gaji tak sampai Rm1k.
    Sakit sangat bila apa apa rosak, mcm kereta (pinjam kereta abah).
    Rosak sendiri kena repair. Ngis tau..
    Saving memang wajib ada. Kumpul la sikit2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So sekarang macam mana? dah ada saving ke? dulu pun tak kisah pasal saving, bila da ada kesedaran tu baru la start saving.. tu pun sakit juga la sebab boleh saving sikit je sebab komitmen dah tinggi. kalau dulu da start saving lagi awal mungkin tak sakit macam sekarang. tp itu semua pengajaran..

      Delete
  11. I second every single thing within this entry sis... Betul sangat... Anak muda, tak perlulah nak rush untuk tunjukkan yang korang berjaya... Take your time... Everyone has their own timeline... Ukuran kejayaan kan subjektif... Thus, do it at your own pace dan tak payah nak rasa down sangat kalau rakan sebaya dah ada lebih dari korang... Suami dan Saya bina kehidupan dari zero... Sekarang ni alhamdulillah, tak la mewah tapi cukup dengan keperluan... Yang penting usah jadi "bior pape asal bergaye"... Ingat, be ourselves and always believe that our time will come eventually...

    ReplyDelete