ANAK AKU UNDESCENDED TESTICLE?

By Hey Lynda Rosman - July 02, 2020

Hey Korang!

Lama aku tak berblog. Tapi hari ni aku nak kongsi tentang sesuatu yang aku rasa ia mungkin akan berguna kepada orang lain yang mungkin menghadapinya.

Anak aku lelaki. Sekarang umur dia 1 tahun 10 bulan. Sebenarnya aku dah perasan macam ada sesuatu yang tidak kena pada private part anak aku. Telur dia tidak turun ke kantung. (Refer gambar dibawah untuk korang faham apa masalah yang sedang anak aku hadapi) Kantung tu kecut je. Masa aku perasan tu, usia dia 10 bulan tak silap aku. Aku ada tanya orang lain. Aku tanya akak ipar aku memandangkan dia dah ada 4 orang anak lelaki, mungkin dia tahu la tentang masalah ini. Tapi dia cakap tak de apa kot, sebab anak aku kecil lagi. Tunggu dah besar sikit. 

Presentation1, radiological imaging of undescended testis.
Sumber image

Aku tanya pengasuh anak aku. Sebab anak dia lelaki dan beza 2 bulan je dari anak aku. Jadi aku minta tengokkan dan bandingkan testis mereka berdua. Tapi sebab dia pun fikir anak aku kecil, sebab tu anak aku punya macam tu. Anak dia pula agak berisi jadi sebab tu bahagian tu besar. Itu pendapat dia.

Kemudian aku tanya kawan aku yang lain. Anak dia lelaki tua setahun dari aku. Mana tahu dia tahu. Tapi dia cakap anak dia punya berbeza dari anak aku. Ada kami google tentang undescended testicle. Sebab macam syak anak aku mengalami masalah ni.

Mesti korang kata kenapa aku tanya orang tak tanya pada tempat yang betul. Aku ada juga tanya nurse dekat KK masa check up. Tapi dia pun cakap normal juga. Aku tak tahu la sama ada dia tak tahu atau dia pun bercakap dari pengalaman dia je. Tapi bila aku dengar dia kata tak ada apa, anak aku kecil lagi dan dia pun adalah nurse, jadi aku pun dah tak susah hati. Sejak hari tu aku abaikan.

Sampai la setahun kemudian, akak ipar aku bersalin anak no 5. Masa aku datang ziarah rumah dia, dia tengah bersihkan bayi dia yang baru lahir. masa tu aku ternampak private part baby tu. Dan aku pelik kenapa bayi baru lahir pun private part dia dah sempurna macam tu. kenapa anak aku yang dah setahun lebih still tak membesar. Dari situ, aku dah mula tak senang hati.

Beberapa hari lepas tu, aku bersihkan anak aku. Biasanya just bersihkan lepas tu dah. Tapi tak de lah sampai nak telek dan tengok betul-betul part tu. Entah macam mana hari tu, Allah gerakkan hati aku untuk pegang dan tengok kawasan tu. Aku panggil laki aku dan cakap macam ada yang tak kena. Sebab anak aku dah 1 tahun 10 bulan. takkan la tak cukup besar lagi untuk telur tu jatuh dekat kantung. Jadi aku cakap dengan laki aku, kita bawa pergi klinik juga. Bagi puas hati.

Semalam aku dan suami aku bawa anak aku ke klinik swasta. Lebih cepat sebab tak ramai orang. Memandangkan klinik tu ada scan ibu mengandung, jadi aku pasti doktor dekat situ lebih tahu tentang anatomi bayi.

Masa doktor cek dekat situ, dia membenarkan sangkaan aku. Anak aku undescended testes! Telur dia berada dekat atas bukan pada bahagian kantung. Mengikut kata doktor tu, biasanya paling lewat telur tu akan jatuh ke kantung adalah pada usia 6 bulan. Jadi doktor tu bagi referral letter supaya aku refer pada doktor pakar kanak-kanak dekat hospital.

Ada orang suggestkan aku untuk urut sebab kalau doktor, mereka memang akan suruh operate sahaja. memang itu rawatan yang akan diambil. Kalau boleh aku nak elak lah daripada buat pembedahan. Petang ni aku akan bawa anak aku ke doktor pakar dulu baru aku fikir apa langkah yang aku nak buat seterusnya.

Pengajaran yang aku dapat ialah kalau rasa ada benda yang tak macam tak betul, jangan tangguh-tangguh dan tanyalah pada mereka yang arif. Ye, aku dah tanya pada nurse tapi sepatutnya aku tanya pada doktor. Mereka lebih tahu. 

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa yang terjadi kalau telur tak turun ke kantung. Antaranya adalah testis tu akan hilang fungsi dan mungkin jadi barah testis.

Doa kan untuk anak aku ye!

  • Share:

You Might Also Like

8 comments

  1. semoga diermudahkan segala urusan. salam kenal. done follow sini.

    ReplyDelete
  2. Moga semuanya dipermudahkan untuk baby ye. Yang penting rujuk pada yang pakar untuk lebih meyakinkan.

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan segala urursan sis. Harap harap tak ada apa apa lah kan.

    ReplyDelete
  4. Allahu...tak pernah tahu pasal ni sebab belum ada anak buah lelaki dalam family..terima kasih share, boleh jadi panduang akan datang...moga dipermudahkan urusan sis sekeluarga..ameen

    ReplyDelete
  5. Ooo sama kes dengan anak jiran lama Sis duluuuu...tapi lepas dia pergi hospital, telurnya elok plak turun, cuma Sis lupa dia buat rawatan apa..kalau tak boleh share...

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk anak sis. Semoga yang baik-baik saja ya.

    ReplyDelete
  7. Allahu sis.. Semoga dipermudahkan segala urusan sis dan anak ye. Za pun tak aware psal hal nih boleh jadi juga. Hmm nk kena check ni anak za punya.

    ReplyDelete
  8. Semoga dipermudahkan segala urusan. Kita doakan yang baik-baik.

    ReplyDelete